Slider

SEMAK KETERSEDIAAN

Hotel Front View

Tentang Kami

Maklumat Waktu Operasi Untuk Gadek Hotspring (Air Panas Gadek):

  • Isnin: Tutup (Hari pencucian kolam)
  • Selasa – Khamis: 7.00 pagi – 12.00 tengah malam
  • Jumaat – Ahad: 7.00 pagi – 3.00 pagi

Waktu operasi ini hanya melibatkan bahagian kolam sahaja.

Manakala bahagian penginapan beroperasi seperti biasa setiap hari, termasuk hari Isnin.

Makluman khas: Bagi tetamu yang menginap (in-house guest) pada hari Isnin, anda dibenarkan menggunakan kolam umum selepas air baharu diisi, khas untuk tetamu menginap sahaja.

Pusat Pelancongan & Rekreasi Air Panas Gadek terletak di Alor Gajah, Melaka, 25 kilometer dari pusat bandar Melaka melalui jalan utama Melaka Tampin. Gadek Hotspring Wellness Resort & Spa atau lebih dikenali sebagai Kompleks Air Panas Gadek sudah mula beroperasi pada 16 Disember 2024 yang lepas dengan kekuatan seramai 30 orang kakitangan dibahagian operasi dan pentadbiran. 

Sejarah penemuan kolam air ini dikatakan mula diketahui penduduk setempat apabila mereka melihat ramai pegawai dan tentera British menetap di kawasan berhampiran kolam. Keadaan ini membuatkan penduduk kampung tertanya-tanya apakah keistimewaannya apatah lagi setelah mereka terdengar khabar angin bahawa air kolam ini digunakan oleh tentera British bagi merawat penyakit. Selepas Tanah Melayu bebas daripada penjajahan, penduduk kampung akhirnya mengetahui bahawa kawasan tersebut mempunyai khazanah alam semula jadi iaitu sumber air panas yang asli dari dalam tanah.  

Baca Selanjutnya

BILIK & HARGA

icon

Direka bentuk untuk bersantai yang sempurna, bilik kami menawarkan pengunjung tempat percutian peribadi yang mewah dengan semua kemudahan moden yang diperlukan untuk menjamin penginapan yang luar biasa.

Single Room

Single Room

Dari RM 165/satu malam

Deluxe Room

Deluxe Room

Dari RM 240/satu malam

Chalet Single (1-Room Chalet)

Chalet Single (1-Room Chalet)

Dari RM 240/satu malam

Chalet Family (2-Room Chalet)

Chalet Family (2-Room Chalet)

Dari RM 360/satu malam

Cantiknya! Gabungan alam semula jadi dan air panas semula jadi memang satu terapi yang sempurna💦💦💦🌿🌿🌿

n.u.r.a.a1987
Dari TikTok

ni kg saya.Tempat mandi untuk orang kg.Dulu Arwah ayah saya setiap hari akan mandi disini.Alhamdullillah,sepanjang hidup dia tidak pernah sakit.Berkat hari2 mandi disini.

The Fluer Shop
Dari TikTok

air panas gadek ni wajib pergi sebab sangat best anak2 seronok😍😍🥰🥰

Shayna
Dari TikTok

waahhh.. chalet single dah ada coffee table dgn kerusi kt pool...mantaplah dgr cadangan guest🌹

Cik Puan NJ
Dari TikTok

Worth a visit.. soak in the natural hot water. (natural hot water) The area is clean because it just opened after renovation. hope the cleanliness continues to be maintained and improved. Each pool has its own water temperature level.. there is a pool for children and a hot water pool for adults. I've been there twice.. if you bring your family or children, maybe it's a little better, if it's just an adult gang, it's a bit boring because it's just soaking, like there's nothing much to do. Next I hope to be able to upgrade or make further improvements to make it more fun to go here.

Nur Bakhtiar
Dari Google Review

Bagus sangat gempat ni..moden dan setiap Chellet ada kolam air panas yang privacy

Abu Muhith Danish, 27 Dec 2025
Dari Google Review

Tempat baru renovate. Bersih dan selesa. Surau pon ade. Pegi hari biasa jadi tak ramai orang. Tak pasti plak kalau cuti sekolah atau weekend ramai orang. Ade kolam air panas dan jugak kolam biasa untuk dewasa & kanak. Ade homestay jugak. Overall best bole repeat lagi.

Ridzuan Ridhwan, 20 Dec 2025
Dari Google Review

Datang masa minggu malam larut malam. Tapi nak tunggu jam 11 lambat sangat. So kul 9 kita masuk dah. Meriah dikit sebab ada bunga api, ada lagu2. Gelap sikit tapi okay je santai2. Hanya yang ada anak2 tu kene pantau rapat sikit. Saya datang ngn orang orang besar okay je

Siti Balqis Jebrel, 01 Nov 2025
Dari Google Review

Kawasan yang sangat luas dan sesuai untuk aktiviti seisi keluarga. Ada banyak gazebo dan tempat duduk untuk keluarga berkumpul. Pelbagai fasiliti di sediakan tetapi semasa kami ke sini, ada sebahagian masih dalam proses ubah suai. InshaAllah, akan datang lagi.

Nur Izzati, 25 Dec 2025
Dari Google Review

Facilities ok. Surau, Tandas dan changing room. Ada orang jual makanan dan air. Untuk kolam air panas ada yang sangat panas sampai berasap, ada suam dan ada kolam tak panas langsung untuk budak main.

Izwanni Romainor
Dari Google Review

Tempat macam baru lagi.. Tempat penginapan ok cantik, selesa.. Tapi cuma kolam utk orang ramai tu keruh air nye & sesuai utk kanak2 sebab air nye tak dalam.. Kalau duduk chalet, ade private pool tapi air panas, ok la boleh la.. Boleh mandi sampai pukul 3 pagi, meriah.. Ade kedai kecil2 boleh cari makan atau minum..

Nur Nur
Dari Google Review